Monday, January 24, 2011

Kelab Al-Baghdadi telah bermula ;)

Alhamdulillah, pd malam isnin 24hb Januari bertempat di Al-Baghdadi Training Centre Negeri Pahang, telah bermula nya Kelab AL-Baghdadi untuk orang-orang dewasa..Kelab yang bertujuan untuk membantu golongan-golongan yang berusia ini untuk memahirkan mereka dalam bacaan Al-Quran juga membantu mereka yang masih agak tercicir dalam ilmu membaca Al-Quran. Insyaallah..


Tenaga pengajar kami juga merupakan seorang HAFIZAH dari Temerloh, Pahang yang telah mengikuti Kursus Perunding Al-Baghdadi...Insyaallah dengan ilmu dan kepakaran yang beliau ada, akan dapat membantu mereka-mereka yg masih mencari teknik yang mudah di gunakan untuk belajar membaca Al-Quran dalam usia yg makin meningkat..Persekitaran pembelajaran yang menarik dan seronok amat kami tekankan untuk menarik minat serta memudahkan sessi pembelajaran menggunakan kaedah Al-Baghdadi ini.


Kelab yang dihadiri seramai 18 orang ini akan berterusan selama 3 bulan pada setiap malam selasa di ATC Pahang ini..Target kami selepas 3 bulan ini..mereka-mereka yang keluar dari kelab ini..akan boleh membaca Al-Quran.. Mudah-mudahan lah Dengan izin Allah juga dengan teknik yg kami perkenalkan ini..Insyaallah.

Tuntutlah Ilmu Hingga ke ATC Pahang..Selamat Mengetuk !!

No comments:

Post a Comment