Sunday, January 23, 2011

Kursus Di Masjid Negeri, Kuantan

Assalamualaikum..
Pada 22hb Januari 2011, Al-Baghdadi Training Centre Negeri Pahang telah menganjurkan Kursus Asas Teknik Al-Baghdadi di Masjid Negeri Kuantan, Pahang dengan kerjasama pihak Masjid Negeri sendiri. Kursus yang bermula pada jam 9.00 pagi dan berakhir pada jam 1.00 tengahari ini mendapat sambutan yang amat memberangsangkan dari warga Kuantan, termasuk juga yang datang jauh dari negeri Terengganu untuk menghadari Kursus Al-Baghdadi. Terima kasih kami ucapkan dan Syabas untuk diri anda sendiri .

Di dalam kursus ini..para peserta akan diberi penerangan berkenaan dengan Keutamaan Belajar dan Mengajar Al-Quran, Pedagogi dan methodologi Pendidikan Al-Quran..Keistimewaan teknik Al-Baghdadi, Teknik Pengajaran Tamhid al-Baghdadi dan juga sesi Playtime. Seramai 61 orang peserta yang datang ke kursus ini.


Terima Kasih Semua. Tuntutlah Ilmu Hingga ke ATC Pahang..Selamat Beramal !!!!!

1 comment:

  1. alhamdulillah syukur pd Allah... inilah yang kami sekeluarga nantikan dan ingin belajar... harap dapat buka cawangan di kuantan... saya dan suami ingin belajar bersama anak2 ....ummieyra

    ReplyDelete